Satu hari kau terjaga keseorangan bukan di dalam bilik tidurmu tetapi di bilik sakit dimana tiada siapa yang menjenguk kau rakanmu,teman sejiwamu,saudara mara malah kedua ibu bapamu juga tidak menjengukmu.pedih terasa, kesakitanmu mengganggumu.kau memerlukan seseorang yang boleh menemani tetapi malang kau hanya hidup keseorangan tatkala itu sedangkan jururawat dan doktor pun tiada.kau hanya mampu berusaha menghilangkan kesemua itu dengan diri kau sendiri.payah.keluhanmu tidak didengari sesiapa.kau berusaha meminta pertolongan tetapi kau tidak bermaya untuk menjerit.kau cuba untuk bergerak hanya jari kau sahaja yang mampu bergerak.kenapa susah untuk kau melakukan sedangkan masa kau sihat kau tidak pernah merasai kesukaran yang begitu memeritkan hidup kau.hati kau mula mengecil kesakitannya terasa,degupan jantung kau mula merancak.kau membayangkan seumur hidup kau hanya di atas katil hospital yang tidak selesa seperti kepunyaan kau di rumah.ketika itu perasaan kau menjadi tidak tentu hala.kau merindui orang tersayang,kau memerlukan pertolongan untuk hidup dan sampai satu saat kau memarahi tuhan kerana hidup kau begitu teruk.tetapi kau sedari kau banyak melakukan kesalahan dan kau selalu mengingkari-NYA.mungkin ini balasan kau harus terima.semasa kau sihat kau terlalu gembira melakukan kejahatan sehingga terlupa kewajipan kau terhadap-NYA.pada masa itu kau merayu rayu kemaafan,peluang kedua.adakah sekiranya DIA memberi peluang kedua kepada kau dan kau akan menggunakan peluang itu sebaik mungkin?dengan kebaikan dan keagungan Tuhanmu dia memberi kau peluang kedua untuk hidup.kegembiraan tidak terkata dalam diri kau.keesokan hari semua yang kau memerlukan ketika kau dalam kesakitan menjenguk kau.senyuman yang tidak putus putus dari muka yang sebelum ini penuh dengan kepedihan,keseksaan.kehidupan kau kembali seperti biasa.rutin hatian kau bermula tetapi kau tidak merasai benda yang serupa seperti dahulu.kau mula merasai kehilangan orang yang kau sayang di dalam keadaan kau yang sihat sejahtera.kedua ibu bapamu sentiasa memarahimu dan membencimu,hubungan kau dengan isteri/suami/teman wanita/lelaki terputus,rakan rakan kau tinggalkan kau.kau keseorangan.kau mula mula tidak puas hati dengan peluang keduamu.di peluang keduamu kau membayangkan kegembiraan kau membayangkan keindahan hidup kau membayangkan kasih sayang dari orang lain tertumpu kepada kau tapi kau terlupa kepada yang memberi kau peluang kedua. hidup kau menderita sehingga akhir hayat kau yang tidak penuh dengan kegembiraan yang kau ingin kan.
kesedaran aku terhadap kekuasaan yang Maha Esa.
Friday, August 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment